ASAL USUL
Permainan wau
juga dikenali sebagai layang-layang. Perkataan ini dikatakan berasal
dari perkataan Thai. Ia adalah satu aktiviti yag menerbangkan
layang-layang tersebut ke udara. Dimain oleh pelbagai peringkat umur.
Layang-layang
yang di Malaysia berasal dari Negara Cina.Walaubagaimanapun bila dating
permain ini tidak tentu. Layang-layang dahulu diperbuat olehdaun kayu
yang lebar.
Beberapa cerita yang dipercayai adalah asal-usul wau:
-
Dahulu permain ini tiada nama. Dimain oleh kanak-kanak dan di tempat yang berangin. Satu waktu, seorang budak ini menangis “wa,wa,wa,wa…..” kerana talin waunya terputus. Maka terciptalah nama wau.
-
Wau wujud dari semangat padi. Seorang petani bersama isterinya yang tidak mempunyai anak terjumpa seorang anak perempuan yang cantik lalu mereka menjaganya. Suami itu selalu membawa minuman dan makanan di tempat anaknya bermain di rumah padi. Ini talah membuat isterinya cemburu dan dia memukul anaknya sehingga melarikan diri dan pergi ke angina barat. Setelah berbuat begitu, padi Isteri tidak berbuah. Mengikut nujum, anak itu adalah semangat padi. Dia harus membuat satu lembaga merupai Wau Bulan dan dinaikkan setelah menuai.
Menghasilkan Wau.
Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.
Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau - Teraju Tiga.
Cara Bermain.
Biasanya
wau dimain oleh dua orang. Seorang akan memegang wau dan lagi satu akan
memegang tali. Apabila angina tiup, tali akan ditarik melawan arus
angin sehingga wau itu tinggi ke udara.
No comments:
Post a Comment